Facebook Badge

Sunday, July 22, 2012

Insomnia

Hari aku panjang...
jalan aku lengang...
lutut dan bahu aku renggang...

Hidung aku umpama disepit
dan mulut aku dijahit

bila kau tiada.

Friday, June 22, 2012

L.A.L.A.N.G

Of course i'm not the same one as you know long time ago .

Kfine ! :D

Saturday, April 28, 2012

Wednesday, March 14, 2012

copy paste :D

purposely for mohd syafiq dzulkifli (:






hm. well, i now believe in karma. what goes around comes around. i dont realise since when we started to talk with each other. all i could say is he really looks matured.easy going.not that kind of childish. treat me well. *oke. i gotta admit. you got me feel high yaww. and the most important thing is his act. he acts like an adult. thats why i can get along with him. he's superb ;D


eh syafiq, sini aku nak cakap sikit.

aku tahu kau tengah baca entry aku ni. tak payah nak senyum lebar sangat laa kan. sepak kang. HAHA. tau ark? kau la kawan aku paling superb. cara kau tak macam budakbudak. itu aku suka. first time kenal, masingmasing rasa macam nak bagi buku lima kat muka masingmasing kan? haa. tapi sekarang kita kawanmesra kann? kau chill. aku cool. settle. dan ya. aku takkan lupakan kau la. jangan risau. kau best! terbaik. know what i like the most about you? i love the way you treat me (:  gile gentleman ouh. memang tak bole blah time kau kupaskan jambu untuk aku. itu memang tak bole lupa. nasib baik aku tak minat bf yg lagi muda dari aku. kalau tak, sumpa melting doe. HAHA. oke dah. tak bole lebih lebih. nanti ade yg jealous. heee. to someone. you are still the one i like the most. no doubt  (:






so when will you play with your guitar to me huh?
you better keep your words oke ;D

Monday, February 20, 2012

status Fynn Jamal di FACEBOOK :D

aku jarang letak nama pada apa aku cakap. aku susah nak sebut siapa bila aku dalam mode menyingkap.

tapi tadi aku nyaris.
sikit saja lagi.
tinggal tekan butang share.

tapi suami aku cakap:
jangan.
maka aku taat.

hari ini aku hendak cakap tentang sedikit bilangan manusia yang tidak punya hati perut dalam pilihan cara hidup sehari2. tentang opportunist yang sudah pastinya mempunya cuma satu objektif-- iaitu merembat setiap peluang yang ada depan mata. apa sahaja ruang cahaya-- dia akan lekas2 kebas; apa sahaja-- yang penting dia mahu semua.

demi tuhan, betapa aku rasa begitu marah dengan golongan2 ini. apa agaknya untung yang didapatkan dari mencuri? apa kenyang kau makan dari pinggan orang yang tak cukup nasi? apa penuh perut kau dengan apa yang kau dapat dari hasil tipu nista begini?

kejam.

jangan salah fikir, tuan2. tipu curi zaman moden tak perlu fizikal. tak perlu keberadaan sekali pun. tak perlu wujud di tempat kejadian. cukup dengan keinginan padu dan kekeringan hati hitam kerikil batu. cukup.

ingatlah amaran untuk kalian, wahai peniaga.
setahil pun kau tidak-adilkan,
habis ke neraka kau dihumban sana.

zaman ini macam2 orang mahu lekas kaya.
malas, tapi nak bantal emas.
bodoh, tapi nak hidup gocoh.

lalu apa boleh dibuat?
cari market yang paling pathetic.
target audience dalam bidang yang tak ada definite result.
jual mimpi.
jual angin.
jual air liur.

dan mana2 manusia pathetic adalah desperate.
dan manusia terdesak sanggup melakukan apa sahaja untuk apa yang paling dimahukannya.
tak percaya?
tengok perempuan2 yang ranap--
kau tanya apa yang takkan dia bikin demi mendapatkan semula kekasihnya.
tengok orang2 yang hilang barang paling berharga--
yang tak percaya bomoh pun sanggup buang pegangan hidupnya.

untung aku ini lahir dgn akal skeptikal tebal.
aku pandang testimonial2 tampal.
aku bisik-- too good to be true.
tak ada logik-- aku bukan lembu.

dan selepas ke sana ke mari mencari bukti;
benar telahan aku.
satu lagi penipuan online kejam untuk para manusia2 terdesak sebegitu.

untung lagi kerana aku pernah dibelanja orang ke bengkel berniaga online.
dan aku paling ingat pesannya:
"bubuh sahaja testimonial sebanyaknya.
kerana pembeli suka bukti."
kalau tak ada bukti bagaimana? aku tanya.
"ah, kita buktikan sendiri. nanti sudah ada pembeli, kita ganti testimonial tadi"

begitu.
rupanya kena begitu.

kerana itu aku jarang bulat2 terima apa aku baca.
pessimistik; aku sebenarnya.
namun aku percaya-- yang mengaku berpuas hati dengan produk itu tadi semuanya hantu belaka.

bayangkan.
testimoni dengan gambar2 cut and paste bodoh.
yang aku soalkan "takkanlah begini wajah org berusia 30..?"
yang aku buka semua page mereka yang mengakui itu ini--
yang mana akhirnya pelik-- kerana wujud cuma untuk memberi testimoni--
wall tidak aktif, gambar cuma yang satu itu tadi.

dan rezeki.
dalam aku mengkaji2, ada satu pemberi testimoni yang normal muka fesbuknya.
lalu aku tanya.
"dik, apa betul apa engkau kata?"

tak pelik.
dia tak tahu apa hujung pangkalnya.
ternyata--
akaun dia di hack-- dan dia sendiri tidak ketahui bila.

panas.
lekas2, aku hendak memberitahu umum tentangnya.
deras2, aku hendak minta sekalian pengharap itu untuk berhenti dengan harapan mereka.

namun apalah yang aku daya.
membaca setiap suara para pengharap yang menunggu--
menulis seikhlasnya sambil meluah rasa:
"tahniah.. entah bila giliran saya pula"
"wah.. untungnya... saya sudah cuba produk ini berbulan lama.. masih tak ada apa"

aku hancur bersamanya.
siapa aku untuk memberitahu mereka supaya berhenti mencari mimpi..?
maka selepas berfikir lama--
biarkan saja.

mungkin--
a little hope is what keeps them alive.
that small "maybe" in their hearts.
siapa aku utk merampasnya..?

membaca kenaifan mereka dalam berkata
"oh, saya sudah cuba..
walau pun belum berjaya,
tapi saya rasa perubahannya!!!"

kasihan...
*pause*

dalam medicine, ini dinamakan placebo effect.
MERASA kita sudah okay sedangkan hakikatnya jauh dari takdirnya.
the power of mind.
berkuasanya minda kita meyakinkan kita merasa sihat semula.
subhanallah.

placebo effect: dalam bahasa aku adalah denial.
dan faktapnya denial adalah-- apabila kita sedar selama ini kita cuma menipu diri sendiri, sakit yang selama ini kita tangguhkan, akan kembali semula.

berganda.

*geleng kepala*

walllahi aku hendak terangkan secara terperinci.
cuma aku tak mampu hendak tuliskan semua.
biarlah engkau kaya dengan menipu manusia2 kasihan seperti ini.
biar engkau sentosa.

tak apa.
tuhan ada.

cuma pesan aku.
kasihanlah.
wanita2 itu hidupnya setiap hari mengharap keajaiban moga2 berisi kosong rahimnya.
tergamak kau main2kan dan lambung2kan mimpinya.

kejam.
terlalu kejam.
moga tuhan mengasihankan engkau akhirat nanti.